Kerajaan Kedah merupakan kerajaan tertua di semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang.
Bermula pada abad ke-12, pemerintahan Kedah diketuai sultan sebagai kuasa tertinggi. Iluminasi.com ingin berkongsi salasilah kesultanan di negeri Kedah.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Sultan Al-Mudzaffar Shah 1
- Sultan Kedah pertama, selama 43 tahun (1136 - 1179)
- Menggunakan nama Phra Ong Mahawangsa sebelum menganut agama Islam
- Di-Islamkan oleh Sheikh Abdullah Al-Yamani
- Menjadikan Kota Bukit Meriam sebagai pusat pemerintahan Kedah pertama
- Keluasan Kedah ketika itu meliputi Kuala Qilah (Kuala Merbok), Kuala Bahang (Kuala Kedah), Kuala Merpah (Di Pulau Panjang, Setul) dan Kuala Bara (Di Setul)
2. Sultan Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Mudzaffar Shah
- Sultan Kedah ke-2, selama 23 tahun (1179 - 1202)
- Hikayat Merong Mahawangsa ditulis
3. Sultan Muhammad Shah I Ibni Almarhum Sultan Mu'adzam Shah
- Sultan Kedah ke-3, selama 34 tahun (1202 - 1236)
- Wang emas pertama digunakan tertulis 'Muhammad Shah' dan 'Al-Sultan Al-Kedah'
4. Sultan Muzzil Shah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah I
- Sultan Kedah ke-4, selama 44 tahun (1236 - 1280)
- Memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Kota Meriam ke Kota Sungai Mas
5. Sultan Mahmud Shah I Ibni Almarhum Sultan Muzzil Shah
- Sultan Kedah ke-5 (1280 - 1321)
- Membina Kota Seputih dan kota di Hulu Sungai Merpah sebagai pertahanan daripada serangan Tenangsari (Tanasserim / Burma)
6. Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah I
- Sultan Kedah ke-6 selama 42 tahun (1321 - 1373)
- Memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Kota Sungai Mas ke Kota Seputih
7. Sultan Sulaiman Shah I Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah
- Sultan Kedah ke-7, selama 50 tahun (1373 - 1423)
- Ratu Al-A'la dari Pasai menawan Kedah dan Menguasai beberapa tempat utama termasuklah Kuala Kedah
8. Sultan Atha'ullah Muhammad Shah I Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Shah I
- Sultan Kedah ke-8 selama 50 tahun (1423 - 1473)
9. Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah I Ibni Almarhum Sultan Atha'ullah Muhammad Shah I
- Sultan Kedah ke-9, selama 30 tahun (1473 - 1506)
- Sukatan tanah ditetapkan
- Emas dan perak digunakan sebagai mata wang
- Arahan larangan berniaga ke atas raja dan menteri dikeluarkan
10. Sultan Mahmud Shah II Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah
- Sultan Kedah ke-10, selama 41 tahun (1506 - 1547)
- Pernah mengadap Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah
11. Sultan Mudzaffar Shah II Ibni Almarhum Sultan Mahmud Shah II
- Sultan Kedah ke-11, selama 55 tahun (1547 - 1602)
12. Sultan Sulaiman Shah II Ibni Almarhum Sultan Mudzaffar Shah II
- Sultan Kedah ke-12, selama 24 tahun (1602 - 1626)
- Acheh menyerang tanaman lada hitam di Kedah dan Langkawi atas faktor monopoli perdangangan lada hitam
- Menerima 2 pucuk meriam daripada Perancis sebagai tukara 30 bahara lada hitam
- Mendapat bantuan Portugis membina Kota Kuala Bahang sebagai bentteng pertahanan daripada serangan Acheh
13. Sultan Rijaluddin Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Shah II
- Sultan Kedah ke-13, selama 26 tahun (1626 - 1652)
- Memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Kota Seputih ke Kota Naga
- 'Hukum Kanun Kedah' ditulis
- 'Undang-undang Pelabuhan Kedah' diwujudkan
- Menerima 6 pucuk meriam daripada Belanda sebagai tukaran 8 pasang gading
14. Sultan Muhyiddin Mansur Shah Ibni Almarhum Sultan Rijaluddin Muhammad Shah
- Sultan Kedah ke-14, selama 10 tahun (1652 - 1662)
- Memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Kota Naga ke Kota Sena
15. Sultan Dhiauddin Mukkaram Shah I Ibni Almarhum Sultan Muhyiddin Mansur Syah
- Sultan Kedah ke-15, selama 26 tahun (1662 - 1688)
- Pusat pentadbiran Kedah dipindahkan dari Kota Sena ke Kota Indera Kayangan
- Kitab ' Undang-undang Dato' Seri Paduka Tuan' ditulis
16. Sultan Atha'ullah Muhammad Shah II Ibni Almarhum Sultan Dhiauddin Mukkaram Shah I
- Sultan Kedah ke-16, selama 10 tahun (1688 - 1698)
- Pusat pentadbiran Kedah dipindahkan dari Kota Indera Kayangan ke Kota Bukit Pinang
17. Sultan Abdullah Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Atha'ullah Muhammad Shah II
- Sultan Kedah ke-17, selama 8 tahun (1698 - 1706)
18. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I Ibni Almarhum Sultan Abdullah Mu'adzam Shah
- Sultan Kedah ke-18, selama 4 tahun (1706 - 1710)
19. Sultan Muhammad Jiwa Azinal Adilin Muadzam Shah II Ibni Almarhum Sultan Abdullah Mu'adzam Shah
- Sultan Kedah ke-19, selama 68 tahun (1710 - 1778)
- Jajahan Kedah diperluas dari Salang dan Mergui di utara dan Kuala Kurau di selatan
- Penghantaran bunga emas ke Siam bermula
- Kitab undang-undang 'Hukum Kanun Dato' Kota Setar' diwujudkan
- Berhubungan baik dengan Inggeris melalui Francis Light bagi mengekang pengaruh Bugis di Kedah
- Francis Light digelar ' Kapitan Light Dewa Raja'
20. Sultan Abdullah Mukarram Shah Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Azinal Adilin Muadzam Shah II
- Sultan Kedah ke-20, selama 19 tahun (1778 - 1797)
- Inggeris melalui Francis Light mula memajak Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786
- Kedah memerlukan perlindungan Inggeris melawan Siam, manakala Inggeris memerlukan makanan daripada KEdah
- Francis Light melengahkan bantuan ketenteraan
- Francis Light melawan tentera Kedah di Kuala Perai
- Perjanjian Gencatan Senjata 1791 menyebabkan Pulau Pinang menjadi milik Inggeris
21. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II Ibni Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II
- Sultan Kedah ke-21, selama 7 tahun (1797 - 1804)
- Memangku jawatan Sultan Kedah memandangkan Putera Ahmad Tajuddin Halim Shah I masih kecil
- Membenarkan Inggeris menduduki Seberang Perai melalui perjanjian dengan George Leith pada 6 Jun 1800
22. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II Ibni Almharhum Sultan Abdullah Mukarram Shah
- Sultan Kedah ke-22, selama 41 tahun (1804 - 1845)
- Hubugan perdagangan Kedah-Acheh terputus
- 'Membantu Siam menyerang Patani, Salang dan Perak agar tunduk kepada Siaam
- Siam menyerang Kota Kuala Kedah dan Alor Setar menyebabkan rakyat Kedah berpindah ke Seberang Perai
23. Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah
- Sultan Kedah ke-23, selama 9 tahun (1845 - 1854)
24. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I
- Sultan Kedah ke-24, selama 24 tahun (1854 - 1879)
- Wan Mat Saman dilantik sebagai Perdana Menteri
- Memajak tanah-tanah di Kulim kepada Cina untuk perlombongan bijih timah dan balak
- Mewujudkan Sekolah Jawi Padang Lepai khusus untuk anak-anak raja dan bangsawan
- Membina limbungan kapal di Sungai Kedah
- Membantu melindungi Raja Ismail dari Perak yang terlibat dalam pembunuhan J.W.W Birch
- Pengajian pondok berkembang luas
25. Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
- Sultan Kedah ke-25, selama 2 tahun (1879-1881)
26. Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
- Sultan Kedah ke-26, selama 61 tahun (1882 - 1943)
- Kedah, Perlis dan Setul disatukan menjadi satu wilayah
- Terusan Wan Mat Saman dibina
- Perjanjian Bangkok 1909 dimeterai tanpa pengetahuan baginda di mana Kedah diserahkan kepada British dan Setul menjadi wilayah Siam
- Meluaskan institusi pondok
27. Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
- Sultan Kedah ke-27, selama 15 tahun (1943 - 1958)
- Mengutus surat membantah pembentukan Malayan Union kepada pejabat kolonial di London
- Menyertai Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
- Menandatangani Perjanjian Kemerdekaan 1957
28. Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
- Sultan Kedah ke-28, selama 59 tahun (1958 - 2017)
- Sultan pertama dipilih sebagai YDP Agong sebanyak 2 kali
29. Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
- Sultan Kedah ke-29, ketika ini bermula tahun 12 September 2017
Rujukan : ISMA Alor Setar