Oleh pada 18 Jun 2017 kategori

Misi IKEA adalah untuk memudahkan kerja dan memberi tunjuk ajar yang senang difahami kepada orang ramai. Siapa yang tidak terpesona bila melihat konsep susunan perabot yang dibawakan oleh mereka, sememangnya ia nampak cantik. Baru-baru ini IKEA mengeluarkan satu produk yang sangat kreatif untuk anda yang tidak tahu memasak serta memudahkan kerja memasak anda dan kami cukup yakin anda tidak akan mengikuti resipi secara manual lagi.

Taikun perabot dari Sweden ini bekerjasama dengan sebuah syarikat pemasaran iaitu Leo Burnett yang berpusat di Toronto untuk mewujudkan sebuah halaman memasak yang dikenali sebagaiCook This Page. Ia merupakan satu set resepi yang kreatif yang telah diumumkan pada majlis dapur IKEA baru-baru ini di Canada. Setiap satu halaman memasak itu memaparkan lukisan bahan-bahan yang diperlukan dan hanya perlu mengisi bahan-bahan yang diperlukan di tempat kosong yang telah disediakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Halaman resepi ini semua dicetak pada kertas parchment dan lukisan tersebut menggunakan dakwat makanan yang selamat. Anda hanya perlu isi bahan-bahan di halaman tersebut, gulung kertas tersebut dan memasukkannya ke dalam ketuhar. Halaman memasak ini masih belum lagi memasuki pasaran IKEA, tetapi konsep yang begitu kreatif ini kemungkinan dapat menggantikan buku masakan pada suatu masa nanti.

Jom kita lihat beberapa contoh halaman masakan yang pasti membuat anda teruja untuk mendapatkannya nanti.

Swedish Meatball bersama ravioli

sediakan bahan dan letak di tempat kosong yang disediakan

bahan diisi di tempat kosong

boleh letakkan sos

gulung halaman masakan

sedia untuk di masak

nikmati makanan anda

Ikan Salmon panggang bersama herba dan lemon

Menu yang selalunya terdapat di restoran mewah, kini anda boleh memasak dan menikamatinya di rumah.

ikan salmon bersama lemon dan herba

hanya masukkan bahan ke dalam ruangan yang tersedia

boleh letakkan ikan di atas kertas tersebut

ikan salmon yang siap di masak

Lihat video di bawah ini dan dapatkan inspirasi untuk menjejakkan kaki anda ke dapur yang akan memudahkan kerja anda kelak.

Sumber : Boredpanda




Hakcipta iluminasi.com (2017)