Jika anda sedang menikmati makanan di restoran Cina atau anda sedang makan di negara China, dan pelayan di sana memerhatikan anda dengan pandangan yang pelik, mungkin anda telah mengabaikan etika-etika untuk menikmati makanan Cina.
Jangan tambahkan kicap ke dalam nasi goreng
BESARKAN TEKS A- A+
Adakah anda tahu sesetengah tukang masak menganggap ia adalah sesuatu yang kurang sopan? Menambah kicap ke dalam nasi seolah-olah menghina masakan Cina. Alasannya adalah mereka telah menyiapkan masakan itu dengan kondisi terbaik, jadi anda tidak sepatutnya menambah sebarang penambah rasa.
Pegang penutup teko ketika menuang air minuman
Cara terbaik untuk melayan diri anda sendiri dan juga orang lain adalah dengan memegang pemegang teko di seblah tangan dan sebelah lagi menekan penutup teko ketika menuang minuman.
Cara yang betul untuk menggunakan "chopstick" ketika makan bersama keluarga
Pusingkan "chopstick" anda jadi bahagian hujung yang menyentuh makanan tidak menjadi bahagian yang anda masukkan ke dalam mulut sepanjang malam, ia sesuatu yang tidak sopan.
Jangan cucuk "chopstick" di dalam nasi
Di China, mencucuk lidi kemenyan yang dibakar ke dalam nasi adalah sebagai tanda menghormati orang yang telah mati, jadi melakukan sesuatu yang serupa dengannya kepada makanan adalah tidak baik.
Jangan sesekali silangkan "chopstick" di atas meja atau di atas mangkuk nasi
Alasannya adalah serupa dengan situasi sebelum ini. Ia berkaitan dengan kematian.
Angkat cawan dengan kedua-dua belah tangan
Tradisi ini lebih simbolik pada hari ini berbanding beberapa dekad yang lalu. Dengan kedua-kedua tangan memegang cawan, menandakan anda tidak bersenjata. Ia juga kelihatan lebih sopan jika kedua-dua belah tangan digunakan untuk menerima cawan yang diberikan kepada anda.
Jangan sesekali terbalikkan ikan
Restoran makanan Cina sentiasa menyediakan ikan tanpa dipotong di dalam menu mereka. Jika anda memesan ikan ini, berhati-hati dengan cara anda menikmatinya. Jika sebelah bahagian ikan tersebut sudah habis, tarik tulannya keluar dan teruskan makan. Jika anda terbalikkannya, ia seolah-olah menandakan sampan nelayan yang telah terbalik.
Jangan ketuk "chopstik" di mangkuk
Ia adalah cara pengemis di China meminta simpati untuk mendapatkan makanan. Ia juga tidak menghormati orang lain jika dilakukan.
Rujukan: www.msn.com