Sebut saja sushi, yang pertama muncul difikiran semestinya Sushi King kan? Diperkenalkan sejak 1995, Sushi King kekal menjadi Rangkaian Restoran Berkonsep Kaiten (conveyor belt) Halal Terbesar di Malaysia yang digemari segenap lapisan umur.
Tahu tak, Sushi King menjalani penjenamaan semula (rebrand, is there another word for refresh) dengan nafas baru, tapi jangan risau, rasanya tetap enak seperti biasa. Ini kami kongsikan beberapa fakta Sushi King yang mungkin korang tak pernah tahu sebelum ini.
Logo serba baru
Antara yang baru dengan penjenamaan semula ini adalah logo mereka. Jangan lepas ni tak cam pula logo baru ini, imej sedikit berbeza, tapi kesegaran hidangan mereka tetap sama. Selain itu, tagline baru turut diperkenalkan iaitu ‘Your Happy Sushi Place’ yang menggambarkan keramahan dan kemesraan tradisi Jepun sambil menghidangkan sushi segar dan hidangan lazat.
Sistem penghantaran automatik
Dengan keadaan semasa, bagi mengurangkan perkhidmatan bersemuka, Sushi King memperkenalkan sistem penghantaran makanan automatik. Bukan saja cepat, malah boleh memberikan keterujaan kepada pelanggan untuk menikmati hidangan yang segar dan masih panas.
Bukan setakat kanak-kanak je excited terima order, orang dewasa pun apa kurangnya! Comel je ada ‘kereta’ hantar makanan macam tu! Servis ini akan dikembangkan ke 54 outlet seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
E-menu untuk keselesaan sekeluarga
Bila satu keluarga datang ke Sushi King, semestinya agak leceh untuk mengambil pesanan satu persatu kan? Dengan e-menu, segalanya lebih mudah, tap je mana yang berkenan pada skrin, tahu-tahu je makanan sampai. Sistem ini akan dijalankan di seluruh 116 outlet menjelang akhir 2021.
Boleh main game & menang hadiah!
Sambil menunggu pesanan sampai, apa kata main game interaktif pada e-menu dan korang berpeluang menang hadiah dan ganjaran hebat juga. Bestnya!
Restoran Jepun kegemaran sejak turun-temurun
Ramai yang membesar dengan Sushi King. Apa-apa sambutan makan-makan dengan keluarga atau rakan-rakan akan disambut di sini. Teknologi juga berevolusi seiring masa, tapi yang pasti rasa dan kualiti hidangan dikekalkan merentas masa.
Walaupun berapa lama evolusi dan masa berlalu, rasa ditawarkan untuk hidangan di Sushi King masih dikekalkan sehingga sekarang. Sebab tu restoran ini kekal menjadi kegemaran semua. Dari kecil, sampailah ada keluarga sendiri, Sushi King kekal menjadi pilihan kerana kualiti yang disediakan.
Makin banyak outlet dibuka
Sekarang, makin senang untuk nikmati Sushi King sebabnya ada pertambahan outlet dibuka seperti di Sogo Kuala Lumpur. Manakala di Pavilion akan beroperasi bermula 3 Disember 2021, Eco Grandeur (Januari 2022), Meridian Central Bintulu (Disember 2021), serta LalaPort KL (Januari 2022). Satu lagi outlet di NU Sentral bakal mengalu-alukan kedatangan korang untuk menjamu selera pada tarikh yang akan diumumkan nanti.
Kalau nak tahu, semua outlet Sushi King dibuka dan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Jadi jangan risau tentang keselamatan dan kesihatan korang kalau ke sana okay?
Nak tahu lebih lanjut, boleh ke laman web www.sushi-king.com atau muat turun app Sushi King MY di Playstore, App Store ataupun Huawei App Gallery.