Apple baru sahaja mengumumkan pelancaran 3 produk iPhone yang baru pada bulan lepas, iaitu iPhone 8, iPhone 8 Plus dan juga iPhone X.

Tidak lama kesemua iPhone ini akan masuk ke pasaran Malaysia. Sudah pasti ramai di antara kita yang tidak sabar untuk merebut gajet ini dan menjadi yang pertama di Malaysia untuk memilikinya.

Namun, persoalannya, iPhone yang manakah patut anda beli? Jawapannya terpulang kepada kemampuan dan kemahuan anda.

Di sini penulis ingin berkongsi 6 sebab kenapa anda patut beli iPhone 8 berbanding iPhone X.

1. iPhone 8 Mempunyai "Otak" Yang Sama Dengan iPhone X

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber foto: Apple

Ini adalah antara sebab utama mengapa anda perlu pertimbangkan pemilihan antara kedua-dua iphone ini, kerana keduanya mempunyai fungsi keseluruhan yang lebih kurang sama.

iPhone 8 & iPhone X dikuasakan oleh teknologi baru Apple iaitu A11 Bionic Chip, sebuah enjin saraf (Neural Engine) dan M11 motion ko-prosesor. Satu-satunya perbezaan adalah cara penggunaan teknologi-teknologi ini oleh kedua-dua iPhone. iPhone X menggunakan cip A11 dan enjin saraf bagi sistem pengesanan ID muka, yang mana tidak terdapat pada iPhone 8.

Disebabkan kedua iPhone ini menggunakan iOS 11, bermaksud anda akan mendapat applikasi dan ekosistem yang sama pada iPhone 8 dan iPhone X.

2. Touch ID Lebih Kuat Sebagai Kata Laluan Berbanding Face ID

touch id lebih kuat sebagai kata laluan berbanding face id

Sumber foto: Apple

Sejak iPhone 5S diumumkan pada tahun 2013, Touch ID telah mengubah cara kita menggunakan iPhone, dari segi penyimpanan kata laluan sehingga kepada pengunaan cap jari bagi membuat pembayaran melalui Apple Pay. 

Apple telah mengeluarkan kenyataan yang berani berkenaan Face ID pada iPhone X, bahawa ia tidak mudah terdedah kepada penipuan, selain berfungsi di dalam gelap, dan boleh mengesan perubahan pada wajah pengguna (sekiranya anda bela janggut, atau memakai kaca mata, dan sebagainya).

Bagaimanapun, dengan memilih iPhone 8, anda memilih untuk tidak menjadi tikus makmal bagi projek Face ID Apple.

3. iPhone 8 Juga Mempunyai Fast Charging Tanpa Wayar Seperti iPhone X

iphone 8 juga mempunyai fast charging tanpa wayar seperti iphone x

Sumber foto: Hollis Johnson/Business Insider

Dari segi fast charging, keduanya mempunyai kebolehan untuk mencapai ciri-ciri ini, dengan syarat melalui keperluan sokongan aksesori tambahan. Jadi, tiada perbezaan dari segi kemudahan untuk mengecaj kedua gajet ini. 

Kedua-dua iPhone ini memerlukan sokongan Qi Wireless Charger untuk fast charging tanpa wayar. Perbelanjaan tambahan yang diperlukan untuk membeli alat ini perlu dipertimbangkan apabila ingin memilih antara iPhone 8 dan iPhone X. 

4. iPhone 8 (Plus) & iPhone X Mempunyai Kamera Belakang Yang Lebih Kurang Sama

iphone 8 plus iphone x mempunyai kamera belakang yang lebih kurang sama

Sumber foto: Hollis Johnson/Business Insider

Sekiranya anda seorang yang meminati bidang fotografi, anda pasti tahu persamaan kamera belakang kedua-dua iPhone ini. iPhone 8 juga boleh menangkap gambar yang berkualiti dan menarik seperti iPhone X.

Perbezaan ketara antara iPhone 8 (Plus) dan iPhone X adalah penstabilan imej optik (OIS) untuk lensa wide-angle dan telefoto, imej yang lebih sharp, terutamanya dalam keadaan yang kurang pencahayaan.

Hanya iPhone X mempunyai ciri-ciri OIS bagi semua kelebihan yang disebut di atas. iPhone 8 (Plus) turut mempunyai OIS namun hanya untuk lensa wide-angle.

5. Kamera Depan iPhone 8 & iPhone X Juga Lebih Kurang Sama

kamera depan iphone 8 iphone x juga lebih kurang sama

Sumber foto: Hollis Johnson/Business Insider

Di atas kertas, kamera FaceTime HD iPhone 8 mempunyai fungsi yang sama seperti kamera depan iPhone yang bersistemkan kamera TrueDepth. Kesemua iPhone ini boleh mengambil gambar dengan 7 megapiksel, dengan aperture f/2.2, dan video filem pada 1080p.

Perbezaan ketara adalah ciri-ciri tambahan yang eksklusif pada software iPhone X, iaitu Mod Portret pada kamera depan (dan juga belakang), dan Pencahayaan Potret yang membolehkan anda membuang background ketika berselfie bagi impak yang lebih dramatik.

Selain itu, terdapat juga Animoji pada iPhone X, yang membolehkan anda menghantar emojis kepada rakan-rakan anda yang mimik ekspresi wajah anda, dengan suara anda sekali. 

6. iPhone 8 Lebih Bergaya, Tanpa Lekuk Pada Bahagian Atas Seperti iPhone X

iphone 8 lebih bergaya tanpa takuk pada bahagian atas seperti iphone x

Sumber foto: Apple

Sistem kamera TrueDepth pada iPhone X menjadi punca iPhone tampak lebih hodoh dengan lekukan pada bahagian atas iPhone versi ini. Malangnya, sistem kamera ini diletakkan pada bahagian lekuk tersebut.  

Lekukan yang sama tiada pada iPhone 8, membuatkan permukaan skrin tampak lebih luas, licin dan bergaya. Untunglah!

7. iPhone 8 Lebih Murah Daripada iPhone X

iphone x lebih mahal daripada iphone 8

Sumber foto: Apple

Harga jual iPhone 8 (& iPhone 8 Plus) adalah lebih murah berbanding iPhone X. Harga iPhone 8 bermula pada lebih kurang RM2999 (USD$699), iPhone 8 Plus pada harga RM3389 (USD$799) dan iPhone X pada harga RM4229 (USD$999).

Anda boleh melakukan matematik mudah. Anda boleh berjimat sebanyak sehingga lebih kurang RM1200 sekiranya anda membeli iPhone 8 (& iPhone 8 Plus) berbanding iPhone X, dengan ciri-ciri yang hampir sama. 

Kesimpulan

Namun, sekiranya harga tidak menjadi masalah, dan anda inginkan yang terbaik untuk diri anda, tidak salah anda membeli iPhone X.

Untuk membuat perbandingan yang lebih ketara dari segi teknikal antara iPhone 8, iPhone 8 Plus & iPhone X, sila KLIK SINI.

Rujukan:

  1. Business Insider
  2. Apple
  3. theskop.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)