Oleh pada 16 Feb 2023 kategori

Penggunaan slanga walaupun tidak dianggap betul dalam aspek tatabahasa, cukup popular sebagai kaedah komunikasi kita sehari-hari. 

Slanga yang efektif memudahkan perbualan, meminimakan perkataan yang perlu dalam menerangkan sesuatu dan yang penting, merapatkan kemesraan di kalangan sesebuah komuniti penuturnya. 

Satu kumpulan komuniti yang akrab dengan penggunaan slanga ciptaan sendiri adalah geng mat rempit, cukup terkenal dengan kreativiti menjenamakan satu istilah agar membawa ke makna berbeza. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Susah ke nak faham bahasa mereka ini? Kalau dah biasa, senang saja. Berikut 8 istilah mat rempit yang anda perlu tahu kerana mungkin di masa depan inilah agaknya cara rasmi anak muda kita berbahasa. Hahaha!

1. Gegar

operasi trafik cegah lumba haram

Istilah 'gegar' berkait dengan fenomena di mana berlakunya goncangan, seperti gempa bumi.

Bagi mat rempit, 'gegar' membawa makna perbuatan mencari gaduh atau melakukan kacau bilau, yang boleh dilakukan secara solo atau berkumpulan di sebuah lokasi biasanya tempat lawan atau individu tidak disukai.

Contoh ayat : "Hari ni kita pergi rumah Zack, kasi gegar dia sikit!"

2. Kencing

mat rempit rxz

Bagi majoriti orang, kencing adalah perbuatan membuang air.

Untuk golongan mat rempit, kencing membawa maksud perbuatan menipu atau berbohong yang menjatuhkan air muka mereka. 

Kencing boleh digabung dengan perkataan 'basah' bagi menggambarkan betapa seriusnya pembohongan itu.

Contoh ayat : "Bro, lu kata lu nak bayar hutang hari ni tapi kau kencing aku lagi. Dah basah dah muka aku kau kencing hari-hari."

3. 'Hanjeng' 

hanjing slanga rempit

Diambil daripada istilah 'anjing' yang mewakili haiwan serta slanga 'menganjing' yang turut sama popular diamalkan masyarakat kita, 'hanjeng' biasanya disebut dalam nada keras bagi menggambarkan rasa kurang senang seseorang mat rempit kepada orang lain.

Contoh ayat : "Hanjeng siot mamat tu. Muka pecah rumah tapi berlagak kacak dan ada rupa." 

4. Meletup/merecik

merecik motor

Golongan mat rempit gemar menggambarkan sesuatu yang cantik atau lawa pada mereka dengan perkataan 'meletup' atau 'merecik.'

Kebiasaannya disebut apabila mereka takjub dengan sesuatu yang mereka rasa terbaik dan lawa, boleh berkait dengan alat ganti motorsikal atau wanita, sesuatu yang diwakilkan oleh mat rempit sebagai meletup/merecik layak dikatakan yang terbaiklah rupanya. 

Contoh ayat : "Kau dah tengok motor Lan lepas dia makeup? Meletup beb motor dia. Ekzos meletup! Awek pun merecik!"

5. Panas (i)

motor panas mat rempit

Barang panas! Motor panas! Spare part panas!

Jangan ingat mereka bercakap tentang sesuatu yang terbakar pula! Jika anda selama ini tak faham apa benda yang panas, 'panas' dalam kamus mat rempit bermaksud sesuatu yang didambakan oleh mat rempit dan juga pencuri. 

Kalau mereka kata 'motor model ABC tengah panas!' boleh bermaksud sama ada model itu tengah laku jualannya atau model itu kerap menjadi mangsa kecurian. 

Contoh ayat : "Lepas motor RXZ aku kena curi, aku dah malas nak guna motor panas lagi. Serik aku! Hanjing punya pencuri!"

6. Panas (ii) 

pesalah trafik mat rempit

Jangan terkejut perkataan panas dalam slanga mat rempit turut mampu membawa istilah ketiga, bagi mewakili sesuatu biasanya kawasan atau lokasi yang dikhuatiri mereka berisiko tinggi. 

'Kawasan panas' merujuk kepada tempat di mana operasi polis trafik kerap diadakan atau sering berlaku sekatan jalan raya. Bagi mat rempit, kawasan sebegini patut dielakkan.Contoh ayat : "Malam ni highway tu panas. Kita main tempat lain."

7. Main 

main mat rempit istilah

Seperti panas, 'main' mempunyai beberapa makna yang berbeza untuk seorang mat rempit sejati.

Yang pertama merujuk kepada perbuatan berlumba itu sendiri yang menjadi rutin mereka. 

Makna kedua pula merujuk kepada perbuatan seksual yang berlaku di antara seorang mat rempit dengan teman wanitanya. Kalau ada mat rempit ajak anda main, kena pastikanlah dulu dia ajak main apa, sukan atau sebaliknya.

Yang ketiga boleh merujuk kepada perbuatan membenarkan seorang pelumba lain mengekori untuk sementara sebelum memecut jauh meninggalkan pelumba itu.

Contoh ayat : "Malam ni lepas main kat sini, aku nak balik main kat rumah."

8. Kenduri

mat rempit kenduri bohsia

Di antara banyak slanga mat rempit yang tak senonoh, inilah yang paling tak senonoh antara semua kerana jelas merosakkan sesuatu istilah yang baik. 

Kita semua tahu 'kenduri' membawa makna majlis jamuan makan beramai-ramai yang didahului dengan bacaan zikir atau ayat al-Quran, untuk tujuan keraian atau memperingati sesuatu. 

Bagi mat rempit...kenduri pula bermakna melakukan perbuatan seks secara beramai-ramai, biasanya dengan nisbah lelaki jauh melebihi wanita.

Sukar kami bayangkan, apa yang bakal bermain di fikiran seorang mat rempit yang dah bersara, nak menjemput jiran tetangga ke 'kenduri' anak perempuan dia - kalau dia pun dulu kaki kenduri masa zaman muda. 

Contoh ayat : "Kau betul ke nak kahwin dengan dia? Bukan ke kita semua dah kenduri perempuan tu sebelum ni?"




Hakcipta iluminasi.com (2017)